Hemodialisis di Rumah (HD di Rumah)

Hemodialisis di Rumah (HD di Rumah) ialah pilihan rawatan yang menapis darah anda di luar badan dengan menggunakan mesin dialisis dan membran buatan, yang dinamakan alat dialisis atau “dializer”. Di sini anda boleh mempelajari lebih lanjut tentang cara untuk melakukan Hemodialisis di Rumah (HD di Rumah).

Apakah Hemodialisis di Rumah (HD di Rumah)?

Hemodialisis (HD) adalah sejenis dialisis yang menapis darah anda di luar badan dengan menggunakan mesin dan alat dialisis “dializer”, iaitu penuras buatan yang bertindak seperti buah pinggang tiruan. 

Pesakit HD di rumah menjalani dialisis sambil membaca buku

Bagaimana Saya Melakukan Hemodialisis di Rumah (HD di Rumah)?

Jika Hemodialisis di Rumah (HD di Rumah) ialah pilihan rawatan yang sesuai untuk anda, pasukan penjagaan kesihatan anda akan melatih anda untuk memasang mesin dialisis dan peralatan lain, menyuntik jarum dengan betul, dan mengajar anda cara untuk melakukan rawatan anda dengan sempurna.

Seorang warga tua bermain kapal terbang mainan bersama-sama cucunya

Hemodialisis di Rumah (HD di Rumah) Boleh Memberi Anda Lebih Kebebasan

Berbanding dengan dialisis di klinik atau hospital, Hemodialisis di Rumah (HD di Rumah) memberikan fleksibiliti tambahan kepada anda untuk merancang rawatan bersesuaian dengan aktiviti yang anda gemari dan biasa lakukan. Malah, dengan Hemodialisis di Rumah (HD di Rumah), anda juga boleh melancong atau mengembara. Bagaimanapun anda perlu memaklumkan pakar klinikal anda sebelum merancang sebarang aktiviti dan pengembaraan, kerana mereka boleh memberikan maklumat lanjut tentang cara untuk menjaga keselamatan dan kesihatan sambil kekal aktif dan menikmati sepenuhnya kehidupan. 

Kateter dengan akses darah untuk pesakit HD

Persediaan untuk Hemodialisis di Rumah (HD di Rumah)

Sebelum anda memulakan Hemodialisis di Rumah (HD di Rumah), anda perlu mengikuti latihan selama 4-6 minggu untuk memastikan anda boleh melakukan rawatan dengan selamat dan sempurna. Anda juga memerlukan penjaga untuk membantu anda menjalani rawatan Hemodialisis di Rumah (HD di Rumah), Oleh itu, si penjaga juga perlu dilatih. 

Sepasang suami isteri duduk dan berbincang di atas sofa di dalam rumah mereka dengan mesin HD di dalam bilik

Menyediakan Kediaman Anda untuk Hemodialisis di Rumah (HD di Rumah)

Untuk melakukan Hemodialisis di Rumah (HD di Rumah) dengan selamat dan berkesan, anda perlu mempunyai ruang khas yang bersih di mana anda boleh menjalani rawatan harian. Anda memerlukan kerusi atau katil yang selesa untuk anda duduk atau baring semasa rawatan dan telefon yang boleh anda gunakan untuk membuat panggilan jika perlu kepada pasukan penjagaan kesihatan anda. Ruang bersih anda perlu diubah suai untuk keperluan dialisis, dengan menyediakan punca elektrik yang diperlukan oleh mesin dialisis, sumber air yang boleh digunakan dengan mudah semasa rawatan dan sistem paip untuk menyalurkan keluar air sisa buangan. Pelarasan ini akan diselia oleh klinik atau hospital anda. 

Seorang ahli pasukan penjagaan kesihatan anda biasanya akan datang ke rumah untuk membantu anda menentukan tempat terbaik untuk dijadikan ruang rawatan dan ruang menyimpan bekalan anda. 

Pasangan berdiri di depan tingkap di rumah mereka dan menikmati perbualan antara satu sama lain sambil memandang ke luar

Kelebihan Hemodialisis di Rumah (HD di Rumah)

Hemodialisis di Rumah (HD di Rumah) mungkin pilihan rawatan yang terbaik untuk anda jika sesuai dengan keadaan perubatan dan fizikal, dan juga pilihan gaya hidup anda. Hemodialisis di Rumah (HD di Rumah) membolehkan anda merasai keselesaan dan kebebasan melakukan dialisis di tempat yang anda rasa selesa dan selamat, di samping mempunyai kemudahan telefon untuk meminta bantuan profesional sekiranya perlu. Melakukan rawatan di rumah juga memberikan anda lebih fleksibiliti kerana anda tidak perlu kerap berulang-alik ke hospital atau klinik. 

Apakah langkah seterusnya?

1.-BAXTER_DTP_SubPage_TREATMENT_Peritoneal-Dialysis-(PD)-at-Home_small-tiles.png

Dialisis Peritoneal (PD) di Rumah

Terdapat dialisis jenis lain yang boleh dilakukan di rumah. Ketahui lebih lanjut tentang dialisis peritoneal (PD). 

1.-BAXTER_DTP_SubPage_TREATMENT_In-Centre-Haemodialysis-(In-Centre-HD)_small-tiles.png

Hemodialisis di Pusat Rawatan (HD di Pusat)

Anda mungkin lebih selesa melakukan dialisis di hospital atau pusat rawatan yang berhampiran. Ketahui lebih lanjut tentang Hemodialisis di Pusat Rawatan (HD di Pusat).

1.-BAXTER_DTP_SubPage_TREATMENT_Other-Chronic-Kidney-Disease-(CKD)-Treatment-Options_small-tiles.png

Pilihan Rawatan Yang Lain

Jika anda dan pakar klinikal anda memutuskan bahawa dialisis tidak sesuai untuk anda, terdapat pilihan rawatan lain yang boleh anda pertimbangkan. Ketahui lebih lanjut tentang pilihan lain untuk merawat penyakit buah pinggang kronik (CKD).