Dialisis Peritoneal (PD) di Rumah

Dialisis peritoneal (PD) merupakan pilihan rawatan yang menggunakan dinding abdomen anda sendiri untuk menyingkirkan sisa produk daripada darah anda. Di sini anda boleh mempelajari lebih lanjut tentang rawatan dialisis peritoneal (PD) di rumah. 

Apakah Dialisis Peritoneal (PD)?

Jika anda baru memulakan dialisis, dialisis peritoneal (PD) mungkin satu daripada pilihan rawatan yang disediakan kepada anda. Dialisis peritoneal (PD) biasanya dilakukan di rumah dan malah boleh dilakukan semasa anda tidur. Anda juga boleh menjalani rawatan dialisis peritoneal (PD) semasa anda berada di luar. Jadi, PD mungkin kaedah rawatan yang paling sesuai jika daya pergerakan dan jadual rawatan yang fleksibel penting untuk anda. 

Pesakit menjalani CAPD di rumah dalam masa yang sama bercakap telefon dan anak kecil berdekatan

Apakah Dialisis Peritoneal Ambulatori Berterusan (CAPD)?

CAPD adalah sejenis dialisis peritoneal (PD) yang menggunakan graviti, bukan mesin, untuk “menukarkan” larutan dialisis lama anda dengan larutan baharu.

Pesakit membaca buku di atas katil sambil membuat terapi APD

Apakah Dialisis Peritoneal Automatik (APD)?

APD adalah satu bentuk dialisis peritoneal (PD) yang menggunakan mesin dinamakan pengitar untuk melakukan pertukaran dialisis. Pengitar akan diprogramkan untuk menyediakan jumlah dialisis yang tepat menurut preskripsi pakar klinikal anda. Biasanya, program APD mengambil masa antara 8 dan 12 jam, dan dilakukan sepanjang malam. 

 Seseorang mendalami informasi berkaitan terapi APD nya melalui iPad

Pengurusan Pesakit Jarak Jauh dengan Dialisis Peritoneal Automatik (APD)

Anda dan pakar klinikal anda boleh mempertimbangkan penggunaan sistem Pengurusan Pesakit Jarak Jauh untuk menguruskan rawatan APD anda. Pengurusan Pesakit Jarak Jauh membolehkan pakar klinikal anda memantau rawatan anda dan memastikan anda melakukan yang apa sepatutnya, dan ini boleh menambah keyakinan anda untuk menjalani rawatan anda di rumah.

Doktor bercakap dengan pesakit berkaitan dengan informasi APD terapi yang diperolehi dari iPad

Belajar Melakukan Dialisis Peritoneal (PD)

Melakukan rawatan dialisis peritoneal (PD) di rumah mungkin membuatkan anda rasa bimbang, tetapi sebenarnya ia adalah satu proses yang mampu diuruskan. Dengan latihan yang sewajarnya, hampir semua orang boleh melakukan dialisis peritoneal (PD). Dalam kebanyakan kes, ia biasanya memerlukan latihan antara 2 dan 5 hari, bergantung pada jenis terapi PD yang anda pilih. 

Pasangan muda bermain dengan anak kecil mereka

Kelebihan Dialisis Peritoneal (PD)

Dialisis peritoneal (PD) mungkin rawatan yang wajar untuk anda jika anda bekerja, belajar atau sering mengembara dan jika PD sesuai dengan gaya hidup serta keadaan perubatan dan fizikal anda. Melakukan dialisis peritoneal (PD) di rumah menambah fleksibiliti dan kebebasan hidup anda yang bergantung pada dialisis – anda tidak perlu ke hospital atau klinik selalu dan anda lebih bebas melakukan aktiviti yang anda gemari. 

Apakah langkah seterusnya?

1.-BAXTER_DTP_SubPage_TREATMENT_Home-Haemodialysis-(Home-HD)_small-tiles.png

Hemodialisis di Rumah (Home HD)

Terdapat jenis dialisis lain yang boleh dilakukan di rumah. Ketahui lebih lanjut tentang hemodialisis di rumah (HD di Rumah).

1.-BAXTER_DTP_SubPage_TREATMENT_In-Centre-Haemodialysis-(In-Centre-HD)_small-tiles.png

Hemodialisis di Pusat Rawatan (HD di Pusat)

Anda mungkin lebih selesa melakukan dialisis di hospital atau pusat rawatan yang berhampiran. Ketahui lebih lanjut tentang hemodialisis di pusat rawatan (HD di Pusat). 

1.-BAXTER_DTP_SubPage_TREATMENT_Other-Chronic-Kidney-Disease-(CKD)-Treatment-Options_small-tiles.png

Pilihan Rawatan Lain

Jika anda dan pakar klinikal anda memutuskan bahawa dialisis tidak sesuai untuk anda, terdapat pilihan rawatan lain yang boleh anda pertimbangkan. Ketahui lebih lanjut tentang pilihan rawatan lain.