Menjaga Insan Yang Memerlukan Dialisis

Semua perjalanan dialisis bersifat unik, mengubah kehidupan dan merombak perjalanan hidup harian anda. Ini bukan sahaja dialami oleh pesakit, tetapi juga mereka yang menjaga dan menyokong mereka sepanjang perjalanan, yang juga dikenali sebagai penjaga. 

Menjaga seorang yang menghidap penyakit buah pinggang kronik (CKD) ialah satu pengalaman yang mencabar tetapi pada masa yang sama amat bermakna. Anda mungkin terasa bimbang mengenangkan keadaan  insan yang anda sayangi atau khuatir dengan keupayaan anda untuk memberi bantuan dan sokongan yang diperlukan mereka. Ini memang lumrah kehidupan. Anda hanya perlu ingat bahawa menjaga diri anda sendiri juga sama penting. Memahami kesan perjalanan ini, pelbagai keperluan rawatan yang berlainan, dan rutin baharu yang dijangkakan akan mempersiapkan anda untuk menangani cabaran dan membolehkan anda berdua mengecap nikmat hidup sepenuhnya.

Seorang lelaki dan perempuan menikmati sarapan pagi sambil mengulangkaji kertas kerja dan kelihatan risau

Menangani Emosi dan Perubahan Gaya Hidup 

Menjaga seorang yang baru memulakan dialisis juga boleh mengubah hidup anda. Pada mulanya, anda mungkin merasa seperti perubahan yang  besar telah berlaku, tetapi lama-kelamaan perubahan  ini akan menjadi kebiasaan dan kebanyakan tugas akan menjadi rutin harian. Terdapat beberapa cara untuk membiasakan diri dengan peranan baru, perasaan dan kesan yang mungkin dibawa oleh dialisis ke atas gaya hidup anda. 

Pesakit membaca buku di atas katil sambil membuat terapi APD

Memahami Peranan Anda dalam Penjagaan Dialisis Peritoneal (PD)

Jika insan yang anda jaga sedang mempertimbangkan dialisis peritoneal, ini bermakna dia akan menjalani rawatan di rumah, mungkin pada waktu malam, iaitu sepanjang malam. Ada banyak kelebihan untuk memulakan rawatan dialisis peritoneal di rumah dan terdapat beberapa cara anda boleh membantu memanfaatkan sepenuhnya kelebihan ini. 

Sepasang suami isteri duduk dan berbincang di atas sofa di dalam rumah mereka dengan mesin HD di dalam bilik

Menjaga Pesakit Hemodialisis di Rumah (HHD)

Jika orang yang dijaga akan menjalani rawatan hemodialisis di rumah, anda memainkan peranan aktif dalam penjagaan mereka. Banyak yang perlu anda lakukan, termasuk membuat perubahan kepada sistem paip, membantu mereka menjalani rawatan atau menepati jadual – ketahui pelbagai pilihan penting yang perlu dibuat dengan bantuan anda. 

Pesakit membaca buku sambil melakukan terapi Hemodialisis di Pusat Rawatan

Membantu Menjaga Pesakit Yang Menjalani Hemodialisis di Pusat Rawatan

Ramai pesakit memilih rawatan hemodialisis di pusat rawatan untuk menjalani dialisis mereka. Terdapat perkara tertentu yang perlu anda ketahui untuk membantu mereka, dan juga diri anda sendiri, dalam perjalanan ini. Pertama, dialisis di pusat rawatan boleh dilakukan beberapa kali seminggu dan setiap sesi mengambil masa 4-5 jam.. Anda berdua perlu bersedia untuk membuat komitmen ini.