Membantu anda membuat pilihan

Baxter_DTP_Illustration_ALL-01.png
Baxter_DTP_Illustration_ALL-04.png

Ambil kuiz untuk membantu anda memilih rawatan dialisis yang betul

  • Adakah anda menghidap Penyakit Buah Pinggang Kronik (Chronic Kidney Disease, CKD)?
  • Adakah anda telah memilih terapi dialisis anda?
  • Adakah anda sedang menjalani terapi yang paling sesuai dengan anda?

Dialisis boleh menjejaskan pelbagai aspek kehidupan anda. Pemilihan jenis rawatan dialisis yang sesuai untuk anda adalah sangat mencabar. Kuiz "Perjalanan Dialisis" hanya mengandungi 10 soalan. Ia menilai nilai dan gaya hidup anda bagi membantu anda memilih rawatan yang betul.

Sumber yang Disyorkan

Malay_logo.png

Persatuan Nefrologi Malaysia

Persatuan Nefrologi Malaysia (Malaysian Society of Nephrology, MSN) ialah badan berbibawa yang menawarkan rundingan dalam hal-hal berkaitan nefrologi yang melibatkan kepentingan golongan profesional serta masyarakat.

Mereka memudahkan komunikasi dalam kalangan ahli nefrologi di Malaysia untuk memenuhi keperluan pendidikan profesional yang berterusan bagi ahlinya.

NKF_logo.png

Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia

Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (National Kidney Foundation, NKF) memainkan peranan utama dalam mendidik masyarakat tentang pencegahan dan pengurusan penyakit buah pinggang.

Jabatan Pendidikan Awam Yayasan berfungsi untuk mendidik orang ramai mengenai punca, pencegahan dan pengurusan penyakit buah pinggang.

FB_photo_booth.png

MYBuahPinggang

Halaman Facebook ini dihoskan oleh ahli nefrologi, pesakit dan penjaga mereka. Halaman ini bertujuan untuk memberi pendidikan tentang penyakit buah pinggang kronik dan pilihan terapi. Ia juga berfungsi sebagai platform bagi pesakit dan penjaga untuk berkongsi pengalaman dan nasihat mereka berkenaan perjalanan dialisis.

BAXTER_logo_small_tile.png

Baxter International Inc.

Baxter International Inc. (NYSE: BAX), melalui anak-anak syarikatnya, mengembangkan, mengeluarkan dan memasarkan produk yang menyelamatkan dan mengekalkan  kesinambungan hayat individu yang menghidap hemofilia, gangguan imun, penyakit berjangkit, penyakit buah pinggang, trauma dan kondisi perubatan kronik dan akut yang lain.

Baxter_DTP_Illustration_05-05.png

Di manakah pusat dialisis yang terdekat?

Klik pada pautan untuk mencari pusat dialisis berdekatan dengan anda

 

**Disclaimer: Senarai pusat dialisis disediakan bagi tujuan pendidikan dan penyampaian maklumat semata-mata dan sebagai rujukan untuk pengguna laman web ini. Pusat-pusat dialisis ini tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Baxter dan Baxter tidak menyokong ataupun mewakili perkhidmatan, kewajaran dan kesesuaian pusat-pusat dialisis tersebut.

Cari pusat dialisis yang dekat dengan anda